Tuesday, 1 November 2011

Childhood.


Like seriously, i miss my childhood. Rindu gila time begini. I wish i can turn back time to my childhood. Waktu kecil kita ditimang dan dimanja, tak dibiarkan untuk merasa kekurangan. Hanya senyuman anak-anak yang membuat orang tua berbahagia. Tak lekang oleh waktu, sepanjang masa dan sepanjang hayat hidup mereka. Aku yg skrg sudah dewasa dan harus bertanggungjawab pd kehidupan ini dan aku yg dulu yang masih suka merengek dan ingin dimanja. Masa tu, masa kecil yang paling indah. Masa di mana aku merasa mempunyai dewa dan dewi dalam hidupku, masa di mana aku masih bole sesuka hati dan kehendak sendiri.
Aku ingat dulu aku kena marah sebab banyak gelagat yang mama and ayah aku sampai naik geram. Dulu time aku darjah 3 ataupun 4 entah aku tak ingat, aku ikut kazen aku (echa) tunggu dekat Tadika St Patrick, so aku fikirlah mesti ayah tau jugak aku di situ, tak sangka sangka aku tak di jumpa nak dekat setengah jam ayah tunggu, sampai ayah nampak aku terus kena marah. Aku ingat lagi time tu ayah risau aku hilang, lepas tu aku kena marah dekat rumah. Lepas tu lagi yang lucunya, dulu bila raya kan orang sibuk nak bagi ampau. Then bila aku dapat dari ramai orang aku bodoh-bodohnya bila orang datang open house rumah aku, aku pegi bg anak kawan ayah aku. Hahahha, sampai terkencing aku kena marah. Lucu ingat yang dulu.
Aku rindu nak di buai, aku rindu nak di susu kan, aku rindu nak di manja-manja kan, aku rindu aku kena marah sebab buat benda yang tak betul, aku rindu nak di sayang-sayang, aku rindu nak di kasi makan lepas tu merengek nak kena suap, rindu nak di pangkuan mama ayah, rindu nak baring tengah antara mama and ayah.
Sumpah aku rindu masa dulu. Time kecil mana nak rasa sakit hati, yalah masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakitnya, lagi mana nak tau faham apa itu ini, mana nak faham apa tu cinta, mana nak faham apa tu sayang, mana nak faham macamana nak senangkan hati orang, mana nak rasa semua ni. Rasa kecewa pun taktau apa. Dulu yang aku tau, bila di cakap apa-apa aku just ketawa. Senyum.

Berbeza dengan sekarang. How i wish to turn back time to childhood.
Bersyukur dengan mama and ayah selalu sabar dengan karenahku, sabar dengan sikap aku yang degil, tabah menjaga aku time kecil.Terima kasih mama n ayah dengan kesabaran kalian selama ni. InsyaAllah suatu hari nanti aku akan membalas semua jasa-jasa baikmu. Terima kasih selama ini yang selalu bagi dorongan and semangat aku utk meneruskan kehidupan. Aku bersyukur punya mama and ayah macam kalian. Aku bersyukur dapat mengurangkan segala bebanan kalian.

Semoga Allah sentiasa merahmati kalian, semoga Allah memanjangkan umur kalian, semoga Allah memberi kesihatan yang sejahtera kepada kalian. Era sayang mama & ayah :'(